Photobucket
FAREEDA..Nyata Jelita.. Beli lah Produk FAREEDA yang original.. Cantik Menawan Pilihan Semua..

Sunday, November 6, 2011

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PHOTOSHOOT PRA-KELAYAKAN SESI PERTAMA PERTANDINGAN MODEL FAREEDA 2012

Salam semua peminat FAREEDA dan peserta-peserta Pertandingan Pencarian Model FAREEDA 2012!!!
Berita baik untuk para peserta Photoshoot Pra-kelayakan Sesi Pertama di Ibupejabat FAREEDA Bandar Baru Bangi!!!

1. Berikut adalah keputusan penilaian dari pakar Modelling :
- Dari senarai peserta yang telah dinilai didapati 70% peserta adalah layak untuk ke Pusingan seterusnya.

2. Pihak FAREEDA telah memantau hampir kesemua facebook peserta-peserta Sesi Pertama :
- Didapati hampir kesemua telah berusaha dengan gigih mempromosikan Tudung FAREEDA dan page facebook "FAREEDA..Nyata Jelita".

Oleh kerana keputusan penilaian yang memberangsangkan dari Pakar Modelling dan usaha cemerlang majoriti para peserta mempromosikan FAREEDA, maka dengan ini atas keputusan pihak pengurusan FAREEDA mengumumkan untuk kesemua para peserta yang hadir pada Photoshoot Pra-Kelayakan Sesi Pertama LAYAK ke Pusingan Seterusnya !!!

Ini juga sebagai menghargai kesungguhan dan displin para peserta Photoshoot Pra-Kelayakan Sesi Pertama dalam menyahut cabaran Pertandingan Pencarian Model FAREEDA 2012 !!!

Anda teruskan mempromosi Tudung FAREEDA dan page facebook "FAREEDA..Nyata Jelita" !!!

Pihak FAREEDA akan MENGGUGURKAN kelayakan mana-mana peserta ke Pusingan Seterusnya sekiranya peserta tersebut didapati mempromosikan tudung jenama lain atau menyokong/menyertai pertandingan tudung jenama lain selepas makluman ini. HARAP MAKLUM !!! Untuk Photoshoot Pra-Kelayakan Sesi Pertama di FAREEDA Cawangan Penang, pengumuman keputusan akan dibuat selepas sesi photoshoot tersebut pada 12 & 13hb November 2011. Kepada yang masih berminat untuk menyertai photoshoot di Penang, boleh hubungi 04-390 1644 (Kak Zan) untuk mendaftar.

SYABAS dan TAHNIAH SEMUA !!!

"MODEL FAREEDA...Anda Juga Selebriti"

FAREEDA Luv U All !!!


Alhamdulillah Semuanya Terpilih ke peringkat seterusnya !
All The Best Semua !

FAREEDA..Nyata Jelita..

Cantik Menawan Pilihan Semua !

 - Sue Mariah 

 

No comments:

Post a Comment